Monday, October 15, 2007

8

Hikayat asal kejadian Adam 1
Tanah-Tanah Yang dikumpul untuk menciptakan Adam A.S.Pada suatu ketika Allah s.w.t. menitahkan kepada Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam. Tapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan jasad Adam, hingga bumi bersumpah, demi kerana Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya akan dijadikan jasad Adam. Kerana ia khuatir kelak Adam melakukan maksiat atau engkar pada Allah.Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah, beliau tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengarkan sumpahnya bumi.Kemudian Allah memerintahkan Malaikat Mikail pula untuk turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, kembali ke hadrat Allah dengan perasaan hampa. Kemudian Allah menyuruh Israfil pula untuk turun ke bumi atas perintah yang sama. Tetapi Israfil pun tidak berdaya mendengar sumpahnya bumi. Ia juga kembali semula ke hadrat Allah dengan kegagalan.Yang terakhir Allah menyuruh Malaikat Izra’il untuk turun ke bumi bagi menjalankan perintah Allah untuk mengambil tanah bagi mencipta jasad Adam. Kata Allah:”Hai Izrai’l, sampailah giliran engkau kini yang aku tugaskan bagi tugasan yang sangat penting ini. Meskipun bumi akan bersumpah bagaimana pun kau hendak lah bertegas dan tidak akan mengalah. Katakan bahawa kau lakukan perintah ini kerana Allah & atas perintah Allah.”Begitulah setelah Izrai’l tiba bertemu bumi ia berkata:”Hai bumi, ketahuilah kamu bahawa kedatangan ku ini adalah atas nama Allah & kerana perintah Allah, jika engkau membantah & engkar atas pekerjaan ku ini, bererti engkau membantah & mengengkari perintah Allah. Mahu kah kamu menjadi makhluk yang durhaka & engkar kepada Allah?”. Mendengar kata-kata Izrai’l, bumi pun akur lah & tidak berkata apa-apa jua kecuali membiarkan Izrai’l mengambil tanahnya sepertimana yang telah diperintah Allah. Setelah itu beliau pun segera kembali mengadap Allah.Kata Allah: “ Hai Izrai’l, kerana kau telah Berjaya menyempurnakan arahan ku ini untuk mengambil tanah untuk dijadikan jasad Adam, maka kau lah juga nanti akan ku amanah kan untuk mencabut ruh manusia apabila tempoh kematian mereka telah tiba.”Jawab Izrai’l:”Jika demikian hamba khuatir yang hamba ini akan dibenci oleh sekelian anak Adam kerana tugasan mu ini ya Allah?”“Tidak” jawab Allah:”Mereka tidak akan memusuhi mu selagi kau ikhlas melakukan nya kerana Allah.”Jenis tanah yang diambil untuk dijadikan jasad Adam:Menurut keterangan para Ulama’ bahawa jenis tanah-tanah nya adalah:1. Tanah tempat bakal didirikan Baitul-Muqaddis.2. Tanah Bukit Thursina.3. Tanah Iraq.4. Tanah Aden.5. Tanah Al-Kautsar.6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah. 7. Tanah Paris.8. Tanah Khurasan.9. Tanah Babylon.10. Tanah India.11. Tanah Syurga.12. Tanah Tho’if.Kata Ibnus Abbas:1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah tempat akal.2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.5. Mata dari tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian.6. Giginya dari tanah Al Kautsar, tempat memanis manis.7. Tangan kanannya dari tanah Ka’bah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinja’.9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.10. Kemaluannya dari tanah Babylon. Disitu tempat sex (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.11. Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.12. Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan jalan.13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, letaknya niat, kemahuan dan sebagainya.14. Lidahnya, dari tanah Tha’if tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoa’kan kepada Tuhan. Demikian lah Hikayatnya.Wallahua’lam.

7

Hikayat asal kejadian Adam 2
Syahdan maka dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala: Dua liang mata; dua liang telinga; dua liang hidung; dan sebuah liang mulut. Manakala baki dua liang lagi di bahagian bawah tubuh badan iaitu liang kemaluan & liang dubur.Diwujudkan pula lima panca-indera utama bagi ‘diri’ zahir & batin iaitu:1. Mata sebagai alat penglihat.2. Hidung sebagai alat pembau.3. Telinga sebagai alat pendengaran.4. Lidah sebagai alat perisa.5. Anggota tubuh lain sebagai perasa.• Ketika Allah akan jadikan jasad Adam, tanah itu dicampuri dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. • Kemudian Allah tiup ke dalam jasad Adam Nur-Haq dengan berbagai ‘sifat’.• Lalu jasad Adam digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian didalam “Alam Malakut”.• Kemudian jasad itu ‘campur’ & sebatikan dengan istilah ‘rempah-rempah’, wangi-wangian ‘Nur-sifat’ Allah, dirasmikan dengan air hujan”Bahrul-Uluhiyah”.• Lalu jasad Adam di direndamkan ke dalam ir “ Kudral-‘Izzah-Nya” iaitu sifat ‘Jalal’ & ‘Jamal’, sebagai kesempurnaan.Allah ciptakan sekelian alam semesta termasuklah Adam dalam satu jangka waktu sangat lama, yang tidak dapat ditaksir dan hitung mengikut perhitungan manusia.Menurut keterangan ulama’, ketika jasad Adam diselubunginya pada waktu 120 tahun, 40 tahun ditanah yang kering, 40 tahun ditanah yang basah, dan 40 tahun ditanah yang hitam & berbau. Kemudian Allah ubah jasad Adam dengan wajah kemuliaan. Maka tertutuplah pemandangan mata malaikat daripada melihat hakikat yang sebenarnya.Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Izrai’l untuk mengadap Allah, Allah memerintahkan Izrai’l untuk mengenggam ROH yang Allah tiupkan kedalam genggaman tapak tangan Izrai’l; diperintah oleh Allah untuk dimasukkan dengan meniupkan kedalam jasad Adam.*Maka amat rugilah mereka yang hanya dapat ‘melihat’ zahir kejadian jasad Adam yang tersurat, akan tetapi tidak dapat ‘melihat’ hakikat batin ‘diri’ Adam yang sebenarnya dan telah dirahsiakan oleh Allah. Kerana itu lah ‘ada’ yang memandang rendah dan engkar untuk sujud pada jasad Adam kerana menilai jasadnya; sedangkan yang Allah suruh sujud adalah pada hakikat kejadian Adam;’’Ku tiupkan ROH KU kedalam jasad Adam” Kata Allah didalam Alquran? Tidak lain sebabnya kerana tidak ‘mengenal’ kepada hakikat kejadian Adam yang sebenar-benarnya?Tidak mengenal diantara zahir & batin? Awal & akhir?Wallahua’lam jua…adanya…

6

Hikayat asal kejadian Adam 2
Syahdan maka dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala: Dua liang mata; dua liang telinga; dua liang hidung; dan sebuah liang mulut. Manakala baki dua liang lagi di bahagian bawah tubuh badan iaitu liang kemaluan & liang dubur.Diwujudkan pula lima panca-indera utama bagi ‘diri’ zahir & batin iaitu:1. Mata sebagai alat penglihat.2. Hidung sebagai alat pembau.3. Telinga sebagai alat pendengaran.4. Lidah sebagai alat perisa.5. Anggota tubuh lain sebagai perasa.• Ketika Allah akan jadikan jasad Adam, tanah itu dicampuri dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. • Kemudian Allah tiup ke dalam jasad Adam Nur-Haq dengan berbagai ‘sifat’.• Lalu jasad Adam digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian didalam “Alam Malakut”.• Kemudian jasad itu ‘campur’ & sebatikan dengan istilah ‘rempah-rempah’, wangi-wangian ‘Nur-sifat’ Allah, dirasmikan dengan air hujan”Bahrul-Uluhiyah”.• Lalu jasad Adam di direndamkan ke dalam ir “ Kudral-‘Izzah-Nya” iaitu sifat ‘Jalal’ & ‘Jamal’, sebagai kesempurnaan.Allah ciptakan sekelian alam semesta termasuklah Adam dalam satu jangka waktu sangat lama, yang tidak dapat ditaksir dan hitung mengikut perhitungan manusia.Menurut keterangan ulama’, ketika jasad Adam diselubunginya pada waktu 120 tahun, 40 tahun ditanah yang kering, 40 tahun ditanah yang basah, dan 40 tahun ditanah yang hitam & berbau. Kemudian Allah ubah jasad Adam dengan wajah kemuliaan. Maka tertutuplah pemandangan mata malaikat daripada melihat hakikat yang sebenarnya.Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Izrai’l untuk mengadap Allah, Allah memerintahkan Izrai’l untuk mengenggam ROH yang Allah tiupkan kedalam genggaman tapak tangan Izrai’l; diperintah oleh Allah untuk dimasukkan dengan meniupkan kedalam jasad Adam.*Maka amat rugilah mereka yang hanya dapat ‘melihat’ zahir kejadian jasad Adam yang tersurat, akan tetapi tidak dapat ‘melihat’ hakikat batin ‘diri’ Adam yang sebenarnya dan telah dirahsiakan oleh Allah. Kerana itu lah ‘ada’ yang memandang rendah dan engkar untuk sujud pada jasad Adam kerana menilai jasadnya; sedangkan yang Allah suruh sujud adalah pada hakikat kejadian Adam;’’Ku tiupkan ROH KU kedalam jasad Adam” Kata Allah didalam Alquran? Tidak lain sebabnya kerana tidak ‘mengenal’ kepada hakikat kejadian Adam yang sebenar-benarnya?Tidak mengenal diantara zahir & batin? Awal & akhir?Wallahua’lam jua…adanya…

5

Wednesday, July 18, 2007
Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. Subuh:Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.Zohor:Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.Asar:Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun. Maghrib:Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.Isyak:Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

4

Friday, July 20, 2007
Sejarah Awal Kedatangan Islam Ke Alam Melayu
Hikayat ini dipetik dari Buku Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu; Edisi Pelajar yang diselenggarakan oleh A.Samad Ahmad.Dewan Bahasa & Pustaka. (Ms.54-57).@ Rujukan kisah nya boleh dibaca didalam buku Berpetualang Ke Aceh.(klik link 'merah silu' di laman blog ini).Alkisah maka tersebutlah perkataan raja Pasai, demikian hikayatnya: diceritakan oleh yang empunya ceritera ada Merah dua bersaudara,diam hampir Pasangan. Adapun akan asal Merah itu dari Gunung Sengkuang; yang tuan Merah Caga namanya, dan yang muda Merah Silu namanya.Maka adalah Merah Silu itu menahan lukah kerjanya, kena gelang-gelang itu maka dibuangkannya, ditahannya pula lukahnya kena pula gelang-gelang itu. Setelah berapa ditahannya lukahnya itu demikian juga, maka oleh Merah Silu gelang-gelang itu direbusnya, maka gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Maka oleh Merah Silu ditahannya pula lukahnya kena gelang-gelang itu direbusnya, jadi emas seperti dahulu itu juga; maka banyaklah Merah Silu beroleh emas. Maka terdengarlah kepada Merah Caga bahawa adindanya, Merah Silu santap gelang-gelang; maka Merah Caga pun marahkan adindanya itu hendak dibunuhnya. Setelah terdengar kepada Merah Silu, kakanda baginda hendak membunuhnya itu, maka Merah Silu pun lari ke Rimba Jurun. Maka orang yang di Rimba Jurun itu dewmasinya, maka sekalian orang itu pun menurut katanya.Adalah pada suatu riwayat Merah Silu pergi berburu, maka anjingnya bernama Si Pasai itu pun menyalak. Dilihat Merah Silu Si Pasai menyalak itu di atas tanah tinggi, seperti ditimbun orang rupanya. Maka Merah Silu naik di atas tanah tinggi itu, maka dilihatnya seekor semut besar seperti kucing; maka oleh Merah Silu semut itu diambil dan dimakannya. Maka tanah tinggi itu diperbuatnya akan tempat, dinamainya Semundra ertinya semut besar.Sebermula maka tersebutlah pada zaman Rasul Allah salla'lahu 'alaihi wasalam, baginda bersabda pada segala sahabat: "Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Semundra namanya; maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semundra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Semundra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi; tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mutabari namanya, ialah kamu bawa serta kamu, setelah berapa lamanya kemudian daripada sabda nabi salla'llahu 'alaihi wa salam, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Semundra itu. Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu'tabari; adapun nama nakhoda kapal itu Sheikh Ismail.Maka kapal itu pun belayarlah, lalu ia singgah di negeri Mu'tabari. Adapun raja dalam negeri itu Sultan Muhammad namanya; maka baginda bertanya, "Kapal dari mana ini?" Maka sahut orang dalam kapal itu, "Adalah kami ini kapal dari Mekah, hendak pergi ke negeri Semundra." Adapun Sultan Muhammad itu daripada anak cucu hadrat Abu Bakar Al Siddik radhi Allah anhu. Maka ujar orang kapal itu, "Kerana kami pergi ini dengan sabda nabi Rasul Allah."Setelah didengar oleh Sultan Muhammad sabda Rasul Allah salla'llahu 'alaihi wa salam itu maka dirajakannya anaknya yang tua di negeri Mu'tabari akan ganti kerajaannya; maka baginda dengan anakanda baginda yang muda memakai pakaian fakir, meninggalkan kerajaan turun dari istana lalu naik kapal itu; katanya, "Kamu bawa hamba ke negeri Semundra." Maka pada hati orang isi kapal itu, bahawa inilah mudah-mudahan fakir yang seperti sabda Rasul Allah itu. Maka fakir itu pun dibawanyalah naik kapal lalu belayar.Berapa lamanya dijalan maka sampailah kepada sebuah negeri, Fansuri namanya; maka segala orang isi negeri itu pun masuk agama Islamlah. Keesokan harinya maka fakir itu pun naik ke darat membawa Quran, maka disuruhnya baca pada orang isi negeri Fansuri itu, seorang pun tiada dapat membaca dia. Maka dalam hati fakir itu bukan negeri ini yang seperti sabda nabi kita Muhammad Rasul Allah salla'llahu 'alaihi wa salam itu. Maka turunlah ia ke kapal kepada nakhoda Sheikh Ismail, belayar pula berapa lamanya, maka sampailah kepada sebuah negeri Lamiri namanya, maka orang Lamiri itu pun masuk Islam. maka fakir itu pun naik ke darat membawa Quran; maka disuruhnya baca pada orang dalam negeri itu, dan seorang pun tiada dapat membaca dia. Maka fakir itu pun kembali ke kapal lalu belayar. Berapa lamanya maka sampailah ke negeri Haru namanya maka segala orang dalam negeri Haru itu pun semuanya masuk Islam. Maka fakir pun naiklah ke darat membawa Quran, maka disuruhnya baca pada orang negeri itu, dan seorang pun tiada tahu membaca dia.Maka fakir itu pun bertanya kepada orang dalam negeri itu, "Di mana negeri yang bernama Semundra itu?" Maka kata orang itu, "Sudah lalu."Maka fakir itu pun turunlah ke kapal, lalu belayar berbalik pula; maka jatuh ke negeri Perlak, maka sekalian mereka itu pun diislamkannya. Maka kapal itu pun belayarlah ke Semundra. Maka fakir pun naik ke darat, maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang di pantai. Maka fakir itu pun bertanya katanya, 'Apa negeri ini?" Maka sahut Merah Silu, "Adapun nama negeri ini Semundra." Maka kata fakir itu, "Siapa nama pengetuanya dalam negeri ini?" Sahut Merah Silu, "Hambalah pengetua sekalian mereka itu." Maka oleh fakir itu Merah Silu diislamkannya dan diajarinya kalimatul syahadat. Setelah Merah Silu Islam maka Merah Silu pun kembali ke rumahnya, fakir itu pun kembali ke kapal.Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan Rasulullah salla'llahu'alaihi wa salam. Maka sabda Rasulullah kepada Merah Silu, "Ngangakan mulutmu!" Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya; diludahi oleh Rasulullah mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga daripada tidurnya. Diciumnya bau tubuhnya seperti bau narawastu. Telah hari siang, maka fakir pun naik ke darat membawa Quran disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu dibacanya Quran itu; maka kata fakir itu kepada Sheikh Ismail, nakhoda kapal, "Inilah negeri Semundra, yang seperti sabda nabi salla'llahu'alaihi wa salam itu." maka oleh Sheikh Ismail segala perkakasan kerajaan yang dibawanya itu semuanya diturunkannya dari dalam kapal itu. Maka Merah Silu dirajakannya dan dinamainya Sultan Maliku's-Saleh.Adapun yang besar dalam negeri itu dua orang, Seri Kaya seorang namanya, Bawa Kaya seorang namanya; keduanya masuk Islam. Seri Kaya bernama Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Bawa Kaya bernama Sidi Asma Yaumi'd-Din. Maka Sheikh Ismail pun belayarlah kembali ke Mekah, dan fakir itu tinggallah di negeri Semundra akan menetapi Islam isi negeri Semundra itu.

3

Sabar Itu Apa?
Rabu, 2007 Ogos 01Ungkapan Sabar Itu .....Petikan Dari www.galeriilmu.blogspot.com...Untuk renungan kita bersama...Sabar. Kalimah yang begitu mudah diucapkan. Namun berapa ramai antarakita yang bersabar dalam apa jua suasana dan ketika. Adakah sabar itu mempunyai batasnya ?. Sabar yang bagaimana sehingga ia diiktiraf sebagai sebahagian dari iman ? Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang bersabar lalu kita terpilih menjadi kesayangan Allah SWT ?.“Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (QS Ali Imran: 146)Salah satu sifat apabila berada pada diri seseorang nescaya Allah akan mencintainya adalah sifat sabar. Al Qur'an banyak menyebut sifat ini baik dalam surah–surah Makiyah (turun di Mekah) mahupun Madaniyah (turun di Madinah). Bahkan, sabar merupakan sifat para nabi pilihan (ulul ‘azmi). “Maka bersabarlah kalian seperti ulul ‘azmi (orang-orang yang memiliki keteguhan hati dari para rasul) telah bersabar.” (QS al-Ahqaaf : 35)Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam mengharungi kehidupan. Seorang petani, tidak mungkin menuai hasil tanaman padi apabila dia tidak sabar menunggu dan menjaga serta merawat tanamannya. Seorang pelajar atau mahasiswa pula tidak mungkin lulus apabila tak sabar menempuhi pelajaran dari hari ke hari.Bahkan kemaksiatan yang tumbuh dalam masyarakat juga disebabkan oleh manusia yang tidak sabar dalam menghadapi kehidupan dunia yang penuh dinamik. Abu Thalib al Makky berkata, “Banyaknya kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang kerana dua perkara. Pertama kerana sedikitnya kesabaran terhadap sesuatu yang disenangi atau disukai. Kedua kerana sedikitnya kesabaran terhadap sesuatu yang tidak disukai.”Namun demikian, masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami ertikata sabar. Ada yang menyangka, sabar bererti ‘mengusap dada’ setiap kali menghadapi masalah hidup. Ada pula yang mengungkap sabar itu ada batasnya, lalu apabila sampai dibatasnya kesabaran akan hilang !. Adakah ini sudah memadai untuk dinamakan sabar?.Dari ayat 146 surah Ali Imran, menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat tiga kriteria orang sabar. Pertama, maa wahanu (tidak pengecut atau tidak lemah mental). Apabila berhadapan dengan kesulitan hidup, dia memiliki self control mechanism. Dia segera menstabilkan emosi dan mentalnya, sebelum orang lain mengingatkannya. Nasihat orang lain agar dia bersabar hanya berperanan sebagai supplementary factor bagi stabiliti dirinya.Pada suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi sebuah kawasan perkuburan. Baginda melihat seorang ibu menangis tersedu-sedu sambil menutup mukanya di atas pusara anaknya yang baru saja dimakamkan. Nabi menghampiri seraya bersabda, “Wahai ibu, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.”“Engkau tak tahu apa yang aku rasakan.” Katanya.Nabi pun meninggalkannya. Seorang sahabat yang menyaksikan peristiwa tersebut, berkata kepada wanita tadi, “Adakah engkau tahu, siapa yang berbicara denganmu tadi? Itu adalah Rasulullah SAW !.Wanita itu terkejut. Bergegas dia mengejar Nabi Muhammad SAW ingin meminta maaf atas kelancangan perilakunya. Ketika bertemu, Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya sabar yang sejati hanyalah pada saat seseorang terkena musibah untuk kali yang pertama!”Ciri orang sabar yang kedua adalah maa dha’ufuu (tidak lesu – dari segi penampilan). Seseorang yang sabar tidak pernah merasa perlu menampilkan kesedihan atau kesulitan masalahnya kepada orang lain. Dia pantang menampilkan kelesuan di raut wajahnya, betapa sulit pun masalah yang dihadapi. Dia sedar betul bahawa tiada manusia di dunia yang luput dari masalah. Secanggih mana pun seorang pakar psikiatri atau psikologi dalam menangani masalah orang lain, nescaya dia juga tidak terlepas dari bebanan masalah. Walaupun mungkin orang sabar harus menampilkan kelemahan diri, maka dia sampaikan kepada Allah SWT di kesunyian malam melalui salat tahajud.Ketiga, mastakaanuu (tidak menyerah atau tunduk - dari segi aktiviti). Seorang yang sabar sentiasa memelihara ketekunan dan ketahanan dirinya. Dia sentiasa gigih dalam usaha mencapai sasarannya. Dia seorang yang tak kenal perkataan putus asa. Tidak ada dalam kamus hidupnya putus harapan. Dia tak mudah patah semangat apabila berhadapan dengan kegagalan. Dia bukanlah seorang pesimis, malah selalu memelihara dan mengembangkan sikap optimis dalam hidupnya. Jika dia menemui kegagalan hari ini, dia akan cuba sekali lagi keesokan harinya. Jika esoknya dia masih gagal, dia cuba kembali pada hari lusanya. Bila setelah sekian kali menemui kegagalan, maka dia akan membuat keputusan untuk mengubah usahanya ke bidang yang lain. Yang pasti dia tak akan pernah memilih untuk duduk diam, tanpa usaha.Seringkali manusia lupa bahawa hidup di dunia berbeza dengan di akhirat. Di akhirat segala sesuatu menjadi serba kekal. Seseorang hanya akan merasakan bahagia yang terus menerus di dalam syurga, atau sebaliknya mendapat siksa yang kekal di neraka jahannam. Sebaliknya kehidupan di dunia bersifat fana, nisbi dan penuh dinamik. Suka duka, berjaya gagal, rahmat dan bencana datang silih berganti. Pada suatu ketika seseorang itu berada di atas manakala pada ketika yang lain dia berada di bawah. Dalam suasana yang dinamik inilah amat diperlukan sifat sabar.

2

Friday, August 10, 2007
Reality Facts....
Artikel Dibawah Ini Dipetik Dari Blog Sedara Kita Sejarah Realiti Negara Kedah.(Boleh Klik Kat Belah Kanan).Penulisan Beliau Yang Sangat Bernas, Fakta Yang Sangat Menarik,...Realiti Yang Sangat Memilukan...Moga Ia Akan Menjadi Pencetus Kepada Hak Warisan Generasi Bangsa Yang Selama Ini Mencari Kebenaran Yang Telah Sengaja Dihapuskan Bagi Menghilangkan Maruah Bangsa Tersebut. Namun "Bila Telah Datang Yang Hak...Maka Pasti Akan Lenyap Lah Segala Kebatilan"...Ayuh Bersama...Menjejak Realiti, Kembalikan Khazanah diri...Hidu Kembali Maruah Hakiki...Kenali Diri! Agar Hidup Kembali peroleh Restu, Pimpinan, Petunjuk, Kerahmatan, Keberkatan, Keredhaan, Kasihsayang & Perlindungan Allah!...What is historical reality?"Historical reality is often too bitter to swallow or too hot to stand. History is a large mirror that reflects the facts of the past, and all that has been etched into the glass of history can never be erased.If you don't like a particular historical fact, you may try to cover it up or forget it, but you can never remove it. An historical fact can be interpreted in a variety of ways, but regardless of the interpretation, the fact will never change"., The Jakarta Post, July 2005.>>SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 50 TAHUN.>>SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 50 TAHUN.