Monday, October 15, 2007

8

Hikayat asal kejadian Adam 1
Tanah-Tanah Yang dikumpul untuk menciptakan Adam A.S.Pada suatu ketika Allah s.w.t. menitahkan kepada Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam. Tapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan jasad Adam, hingga bumi bersumpah, demi kerana Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya akan dijadikan jasad Adam. Kerana ia khuatir kelak Adam melakukan maksiat atau engkar pada Allah.Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah, beliau tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengarkan sumpahnya bumi.Kemudian Allah memerintahkan Malaikat Mikail pula untuk turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, kembali ke hadrat Allah dengan perasaan hampa. Kemudian Allah menyuruh Israfil pula untuk turun ke bumi atas perintah yang sama. Tetapi Israfil pun tidak berdaya mendengar sumpahnya bumi. Ia juga kembali semula ke hadrat Allah dengan kegagalan.Yang terakhir Allah menyuruh Malaikat Izra’il untuk turun ke bumi bagi menjalankan perintah Allah untuk mengambil tanah bagi mencipta jasad Adam. Kata Allah:”Hai Izrai’l, sampailah giliran engkau kini yang aku tugaskan bagi tugasan yang sangat penting ini. Meskipun bumi akan bersumpah bagaimana pun kau hendak lah bertegas dan tidak akan mengalah. Katakan bahawa kau lakukan perintah ini kerana Allah & atas perintah Allah.”Begitulah setelah Izrai’l tiba bertemu bumi ia berkata:”Hai bumi, ketahuilah kamu bahawa kedatangan ku ini adalah atas nama Allah & kerana perintah Allah, jika engkau membantah & engkar atas pekerjaan ku ini, bererti engkau membantah & mengengkari perintah Allah. Mahu kah kamu menjadi makhluk yang durhaka & engkar kepada Allah?”. Mendengar kata-kata Izrai’l, bumi pun akur lah & tidak berkata apa-apa jua kecuali membiarkan Izrai’l mengambil tanahnya sepertimana yang telah diperintah Allah. Setelah itu beliau pun segera kembali mengadap Allah.Kata Allah: “ Hai Izrai’l, kerana kau telah Berjaya menyempurnakan arahan ku ini untuk mengambil tanah untuk dijadikan jasad Adam, maka kau lah juga nanti akan ku amanah kan untuk mencabut ruh manusia apabila tempoh kematian mereka telah tiba.”Jawab Izrai’l:”Jika demikian hamba khuatir yang hamba ini akan dibenci oleh sekelian anak Adam kerana tugasan mu ini ya Allah?”“Tidak” jawab Allah:”Mereka tidak akan memusuhi mu selagi kau ikhlas melakukan nya kerana Allah.”Jenis tanah yang diambil untuk dijadikan jasad Adam:Menurut keterangan para Ulama’ bahawa jenis tanah-tanah nya adalah:1. Tanah tempat bakal didirikan Baitul-Muqaddis.2. Tanah Bukit Thursina.3. Tanah Iraq.4. Tanah Aden.5. Tanah Al-Kautsar.6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah. 7. Tanah Paris.8. Tanah Khurasan.9. Tanah Babylon.10. Tanah India.11. Tanah Syurga.12. Tanah Tho’if.Kata Ibnus Abbas:1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah tempat akal.2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.5. Mata dari tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian.6. Giginya dari tanah Al Kautsar, tempat memanis manis.7. Tangan kanannya dari tanah Ka’bah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinja’.9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.10. Kemaluannya dari tanah Babylon. Disitu tempat sex (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.11. Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.12. Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan jalan.13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, letaknya niat, kemahuan dan sebagainya.14. Lidahnya, dari tanah Tha’if tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoa’kan kepada Tuhan. Demikian lah Hikayatnya.Wallahua’lam.

No comments: